Basrah menunjukkan produk sabun herba yang dihasilkannya. |
BALING - Seorang pesara tentera dari Kampung Teluk Petata kini bergelar usahawan sabun herba biarpun cubaan pertamanya berkecimpung dalam perniagaan pencuci pinggan empat tahun lalu, gagal.
Pengusaha, Basrah Ibrahim, 58, berkata, idea menceburi perniagaan sabun herba tercetus selepas sabun pencuci pinggan yang dipasarkan kurang mendapat permintaan di pasaran kerana persaingan sangat sengit.
Menurutnya, ilmu penghasilan pencuci pinggan yang diperoleh dari satu kursus anjuran K-Bio corp pada 2012 diolah kepada sabun berunsur kesihatan.
“Bermula dari tahun itu juga, saya dapat idea menghasilkan sabun basuh pinggan berpandukan buku herba keluaran Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) dan buku mengenai amalan sunnah nabi tulisan Dr Ahmad Mubayyad, Majlis Amanah Rakyat (Mara) juga banyak membantu” katanya di sini, semalam.
Basrah berkata, dengan permulaan modal RM5,000, jumlah sama dengan perniagaan pertama, dia berjaya menghasilkan tiga jenis sabun iaitu sabun kulit kayu manis, sabun kolagen dan sabun kasturi.
“Sabun kasturi saya hasilkan khas untuk sebuah syarikat dan sabun keluaran saya sendiri ialah sabun kayu manis dan sabun kolagen.
“Khasiat kedua-kedua sabun kulit kayu manis dan kolagen ialah untuk merawat resdung, jeragat, kesan parut, menghaluskan kulit dan pelbagai lagi,” katanya.
Katanya, dengan mengusahakan perniagaan itu dia mampu memperoleh pendapatan bulanan mencecah RM3,000 dan ke atas.
“Alhamdulillah, pendapatan ini hasil kerja keras saya dengan dibantu tiga pekerja yang mana dua daripadanya orang kurang upaya (OKU) serta bantuan keluarga.
“Saya pasarkan sabun ini menggunakan media sosial Facebook dan buat promosi di pasar tani,” katanya.
Basrah juga berhasrat untuk mengeksport sabun berkenaan ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) dengan bantuan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa).
Menurutnya, dia juga ingin mewujudkan peluang perniagaan kepada belia dan beliawanis di daerah ini.
“Saya sedia melatih mereka yang berminat dalam bidang jualan ini, malah saya sedia beri tunjuk ajar kepada mereka yang berminat untuk menghasilkan sabun ini.
“Produk sabun herba mendapat permintaan tinggi di pasaran, belia boleh mencuba,” katanya.