Pesawat Terbesar Di Dunia Terhempas Pada Ujian Ke-2


PESAWAT terbesar di dunia terhempas semasa ujian penerbangan kedua di United Kingdom, mengakibatkan kerosakan pada bahagian kokpit.

Sebahagian Airlander 10 yang bernilai £25 juta (RM133.67 juta) dan sepanjang 302 kaki (92 meter) rosak selepas ia melanggar tiang taligraf.

Bagaimanapun, ia terhempas ke tanah secara perlahan.

Insiden berlaku di pangkalannya di Cardington Airfield, Bedfordshire pada Rabu lalu.

Bahagian kokpit mengalami kerosakan.
Seorang jurucakap Hybrid Air Vehicles berkata: "Prototaip Airlander 10 menjalani ujian penerbangan kedua dan terbang selama 100 minit, serta menyelesaikan semua tugas yang dirancangkan sebelum kembali ke Cardington untuk pendaratan.

"Airlander melalui pendaratan yang berat mengakibatkan bahagian dek hadapan pesawat mengalami kerosakan, dan ia sedang diperiksa.

"Kedua-dua juruterbang dan kru di lapangan selamat, dan pesawat dalam keadaan terkawal," katanya.

Ia dilabelkan sebagai satu pencapaian moden dalam kapal udara, tetapi diketepikan selepas tragedi Hindenburg pada 1937.

Airlander direka untuk penggunaan bahan api yang lebih sedikit berbanding pesawat, tetapi membawa muatan lebih berat berbanding kapal udara konvensional.

Sumber: Mail Online