Bolyamin (kanan) bersama anaknya, Basri melihat hasil padi darat yang mereka tanam dan kini mula membuahkan hasil. |
KUALA NERANG - Ketiadaan bekalan air yang sempurna dan bentuk muka bumi tidak sesuai untuk tanaman padi menyebabkan seorang petani di Kampung Pauh, Mukim Pedu, menukar tanaman padi sawah kepada padi darat.
Menurut Bolyamin Md Aroff, 51, selepas menghadapi pelbagai masalah untuk menanam padi sawah, dia mengambil keputusan untuk mengusahakan menanam padi darat seluas sehektar apabila mengalami kerugian beberapa kali sebelum ini.
“Saya mula tanam padi darat atas nasihat seorang Pembantu Ekonomi dari Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Padang Terap selepas datang melawat ladang, baru-baru ini.
“Dia mencadangkan saya tanam padi darat kerana kawasan tanah tinggi dan kurangnya saliran sempurna adalah sangat sesuai untuk tanaman itu,” katanya.
Menurut Bolyamin, tanaman padi darat itu sangat mudah penjagaannya jika dibandingkan dengan padi sawah yang memerlukan perhatian lebih serta air yang cukup.
“Berbanding dengan padi darat itu, pengusahanya hanya perlu membajak tanah sebanyak dua kali dengan menanam benih secara menabur. Selepas kerja menabur benih, tanah itu dibajak semula hinggalah pokok padi itu besar.
“Tanaman padi ini sangat sesuai di daerah ini yang menghadapi masalah air serta cuaca tidak menentu. Masa menuai padi sawah darat itu sangat cepat hanya 80 hari sahaja, berbanding padi sawah sekarang mengambil masa selama 120 hari,” katanya yang mengusahakan sehektar padi darat.
Kata Bolyamin, kos penjagaannya juga sangat minima berbanding dengan padi sawah yang terpaksa mengawalnya sejak benih mula tumbuh, terutamanya serangan awal dari siput gondang.
“Melalui tanaman padi darat ini petani tidak lagi berhadapan dengan siput godang yang menjadi musuh utama bagi penanam padi
“Penjagaannya yang mudah dan sesuai ditanam di kawasan terbiar menyebabkan saya bercadang untuk meluaskan lagi tanaman padi darat itu," katanya.
Sementara itu, Pembantu Ehwal Ekonomi PPK Kuala Nerang, Mohd Kamil Mahmud berkata, penanaman padi itu cukup praktikal bagi membantu petani meningkatkan pendapatan.
Katanya, Bolyamin mampu memperoleh hasil kira-kira 12.6 tan pada pertengahan September ini dengan mencecah RM15,000.
“Selepas dituai, PPK akan menolak semua modal termasuk benih, upah jentera, racun dan baja sebanyak RM2,500 bagi setiap hektar. Ini bermakna jumlah keuntungannya mampu mencecah hampir RM8,000 bagi setiap musim.
“Sekiranya padi darat ini ditanam tiga kali setahun, dia mampu memperoleh pendapatannya RM24,000 setahun. Tanaman padi darat ini sangat sesuai ditanam di beberapa kawasan di daerah ini, terutamanya yang menghadapi masalah saliran,” katanya.
Sumber: Sinar Harian