KUALA LUMPUR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) membidas mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad kerana menggunakan istilah "keling" bagi mengambarkan kaum India di negara ini.
Naib Presidennya, Dr. Shaharuddin Badaruddin berkata, Mahathir sebagai seorang bekas Perdana Menteri tidak sepatutnya menggunakan perkataan itu ketika berucap di Langkawi, Kedah baru-baru ini.
“Beberapa hari lalu, tersebar satu video ucapan Mahathir di Langkawi Mei lalu di mana beliau menggunakan perkataan ‘keling’ sewaktu mengulas isu menangani gerakan DAESH.
“Kita harus berani merombak dan membuang istilah-istilah yang telah mengakar dalam masyarakat Melayu tetapi mempunyai konotasi negatif kepada kaum yang lain,” tegasnya dalam satu kenyataan media semalam.
Justeru, Shaharuddin berkata, `peribahasa’ yang menggunakan istilah-istilah seumpama itu harus dinilai semula oleh masyarakat Melayu.
Malah, katanya, orang Melayu tidak sepatutnya menggunakan istilah seperti ‘cina buta’ kerana ia tidak mempunyai justifikasi hukum.
“Saya kesal dengan penggunaan perkataan tersebut dan menggesa agar Mahathir memikirkan semula keperluan mengguna perkataan tersebut di masa hadapan,” katanya. –Kedahnews.com