KUALA LUMPUR - Tindakan seorang jurujual merakam video seorang wanita di bilik persalinan di sebuah pasar raya membawa padah apabila dijatuhi hukuman penjara sehari dan denda RM6,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, Isnin.
Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid turut memerintahkan Phua Wei Leong, 31, menjalani hukuman penjara tiga hari jika gagal membayar denda itu selepas dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan merakam video suri rumah berusia 20 tahun itu dengan niat untuk mengaibkan kehormatan dengan maksud menganggu kesantunan seseorang.
Duda seorang anak itu didakwa melakukan kesalahan itu di bilik persalinan pakaian tingkat 1, Pasaraya Aeon Jusco Taman Maluri Cheras di sini, pada 8.30 malam, 30 Julai lepas.
Phua didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya.
Ketika rayuan, peguam Muhammad Afif Che Had yang mewakili Phua, memohon mahkamah mengenakan hukuman denda minimum kerana tertuduh perlu menanggung ibu bapa dan anaknya selain sedang melanjutkan pengajian separuh masa di sebuah kolej swasta.
Timbalan Pendakwa Raya Noorelynna Hanim Abd Halim memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal atas alasan maruah seorang wanita tidak seharusnya dieksploitasi selain supaya memberi pengajaran kepada orang awam. - BERNAMA