Ratu rock negara Ella membuat keputusan untuk untuk berhijab sejak Ramadan lalu selepas merasakan tiba masa untuk mengubah penampilannya ke arah yang lebih baik.
Ella atau nama sebenarnya Norzila Aminudin, 50, berkata, dia merasakan lebih tenang dan yakin dengan imej baharu itu.
"Saya tidak tahu ingin nak cakap macam mana apa yang saya rasa, yang penting rasa sangat tenang.
"Pada Ramadan lalu saya berborak-borak dengan suami dan dia bertanya adakah saya mahu bertudung? Jadi saya terus cakap ya mahu bertudung. Dia sangat gembira dengan keputusan saya ini," ujarnya.
Ella ditemui pada majlis pelancaran program realiti Lara Oh Lara yang diadakan di restoran Blokke, Citta Mall di sini, pada Isnin.
Penyanyi lagu Retak itu berkata, dia mula mendapat dorongan itu daripada kakaknya Jojie yang lebih awal berpenampilan muslimah itu.
"Saya suka lihat penampilan kakak saya sejak dia bertudung, dia lebih tenang dan bergaya. Tudung sangat sesuai dengan wajah dia sehingga saya rasa ingin bertudung juga.
"Dia juga galakkan keputusan saya itu dan bantu saya untuk cari fesyen tudung yang sesuai untuk saya," ujarnya.
Dalam pada itu, Ella berkata, penampilan tersebut tidak membataskan kerjaya nyanyiannya dalam genre rock.
"Saya tetap macam Ella yang dulu dan menyanyi lagu rock cuma mungkin tidak boleh terlalu lincah. Baju pula yang bersesuaian dengan imej baru ini.
"Saya harap peminat beri sokongan dengan keputusan saya ini," ujarnya.
Ella bernikah dengan juruterbang iaitu Azhar Ghazali, pada 7 Julai 2012.
Sumber: mStar