Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor menjadi mangsa fitnah pihak tertentu melalui penyebaran beberapa keping gambar menunjukkan beliau kononnya sedang bersandar di dada Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah.
Pegawai Khasnya, Datuk Rizal Mansor pantas bertindak menyangkal tohmahan tidak benar itu dengan mengeluarkan sekeping gambar yang dirakam dari sudut lain.
Rizal menggambarkan terdapat manipulasi sudut kamera yang menyebabkan Rosmah kelihatan seolah-olah berdiri terlalu rapat dengan sultan.
Menurut beliau, Rosmah sebenarnya hanya berteleku di sebuah kereta di sebelah sultan Pahang dan tidak seperti digambarkan.
“Sekarang pak cik keluarkan gambar dari sudut lain. Kau orang tengoklah sendiri,” tulis Rizal di Facebook.
Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak turut sama dalam acara yang menyaksikan beliau dan isteri berpakaian sedondon kuning itu.
Ketika gambar itu diambil, turut dilihat orang ramai yang berkerumun mereka.
Kira-kira 50,000 tetamu dilapor menghadiri majlis berkenaan manakala Sultan Pahang turut berangkat bersama Sultanah Pahang, Tengku Mahkota Pahang dan kerabat keluarga Diraja baginda.
Difahamkan laporan polis telah dibuat terhadap fitnah terbaru ini oleh beberapa pihak, termasuk sebuah NGO.
Difahamkan laporan polis telah dibuat terhadap fitnah terbaru ini oleh beberapa pihak, termasuk sebuah NGO.
Rosmah sejak awal pentadbiran Najib sudah mula dihujani dengan pebagai fitnah dan tohmahan termasuk dakwaan kononnya beliau pernah bernikah dengan pembaca berita RTM, Farid Ismeth, membeli cincin puluhan juta ringgit dan terlibat membunuh mendiang Altantuya.
Dikatakan ramai yang percaya pada fitnah dan tohmahan yang dilempar terhadap beliau dan keluarganya tanpa usul periksa sehingga menjejaskan reputasinya di kalangan rakyat. -Kedahnews.com