BERGELAR bintang bola sepak terkenal antarabangsa, bukanlah sesuatu yang pelik apabila mendengar David Beckham dan isteri, Victoria memiliki banyak aset hartanah termasuklah beberapa kediaman mewah.
Namun, baru-baru ini pasangan terkenal dunia itu dikatakan mahu jual sebuah rumah agam mereka yang terletak di Bargemon, Cote d’Azur, Perancis.
Apa yang peliknya, pasangan ini dilaporkan mahu menjual kediaman mewah dilengkapi enam bilik tidur itu dengan harga jauh lebih rendah daripada nilai pasaran.
Menurut Dailymail, mereka mahu menjual rumah anggap itu dengan harga hanya RM12.3 juta sekali gus menyebabkan mereka bakal kerugian RM20 juta.
Walhal, pasangan ini membeli rumah berkenaan pada harga RM7.7 juta dan telah melakukan proses mengubahsuaian yang telah menelan kos RM25.7 juta.
Tindakan pasangan itu terus menimbulkan tanda tanya ramai mengapa mereka mahu melepaskan kediaman itu dengan harga yang murah.
Dalam pada itu, timbul dakwaan menyatakan kediaman mewah tersebut konon dihuni oleh makhluk halus yang sering mengganggu penghuni rumah berkenaan.
Difahamkan, bekas pemilik rumah terdahulu pernah bunuh diri dalam kediaman tersebut.
Pasangan tersohor ini dikatakan membeli hartanah bercirikan abad ke-19 itu pada tahun 2003 lalu. –Kedahnews.com