Sakinah Kata Suaminya Tak Kisah Aksi Babak Ghairah


WALAUPUN ada babak adegan ‘dewasa’ seperti rogol dan beberapa aksi ghairah yang dilakonkan dalam filem Pekak, pelakon Sharifah Sakinah memberitahu bahawa suaminya tidak mempunyai masalah dengan lakonan tersebut.

Tambah Sakinah, suaminya merupakan seorang yang sangat memahami dan sporting.

“Alhamdulillah suami saya seorang yang sporting dan dia juga ada memberitahu saya apa yang patut saya lakukan semasa penggambaran filem Pekak.

“Walaupun dia merupakan seorang juruterbang, dia kahwin dengan pelakon kerana dia sukakan filem.

“Kita cuba tak boleh sebut hal berkaitan agama kerana itu perkara yang sangat sensitif. Bagi saya, selagi keluarga saya, mertua dan suami saya okay, tidak ada masalah.

“Semua itu merupakan lakonan dan kita perlu membawa watak orang lain. Itu lah cabaran seorang pelakon dan itu merupakan penerimaan orang ramai,” katanya kepada portal Rotikaya.

Dalam masa yang sama, Sakinah juga tidak menolak jika dikurniakan cahaya mata dan menjelaskan dia selesa menjadi dirinya sendiri walaupun ada pihak yang tidak bersetuju dengan tindakannya. –Kedahnews.com