Sanggup Upah Penari Separuh Bogel Menari Di Majlis Kematian


Hanya kerana mahu orang ramai menziarahi si mati dan hadir ke upacara pengkemubumian yang sanggup upah penari bogel untuk menghibur walaupun di depan keranda berisi mayat.

Perbuatan berkenaan dilakukan di China atas alasan "status", kerana ia menjadi ukuran kepada si mati. Jika ramai orang menziarahi simati, maka lebih tinggilah statusnya.

Video mengenai penari bogel itu hingga kini menjadi viral meskipun ia sebenarnya dipercayai telah dirakamkan pada tahun lepas.

Ia memaparkan bagimana tiga penari separuh bogel menari di sebelah keranda seorang lelaki dikenali sebagai Jian, sambil mengikut rentak lagu hit kumpulan Maroon 5 iaitu Moves Like Jagger.


Video itu dirakam oleh mereka yang hadir dalam upacara tersebut dan selepas tarian erotik yang dipersembahkan oleh penarik itu berakhir, keranda tersebut dipindahkan ke tempat lain untuk upacara yang lebih bermaruah.

Pihak berkuasa di China sedang cuba untuk menamatkan trend kontroversi itu dan menyifatkan ia sebagai satu perbuatan tidak bertamadun.

Sebelum ini dua kes yang sama dikesan di Hebei, dengan salah seorang penari dengan berani telah menanggalkan colinya di khalayak ramai dan hanya tinggal seluar dalam sahaja.

Dalam kes itu, penari dan penganjur tarian tersebut telah dikenakan tindakan undang-undang. -Kedahnews.com