Api merebak dengan pantas sehingga memusnahkan rumah, bengkel cendawan serta kenderaan milik mangsa. (Gambar kecil: Nor Natasha Nabila melihat bongkah cendawan yang hangus dalam kebakaran itu). |
SUNGAI PETANI – Seorang pengusaha cendawan kerugian kira-kira RM250,000 apabila rumah, kereta dan bengkel perusahaan termasuk 10,000 bongkah cendawan hangus dalam kebakaran di Kampung Teluk, Jalan Penghulu Him, pagi kelmarin.
Mangsa, Nordin Md Isa, 42, berkata, ketika kejadian, dia terlelap sementara isterinya, Rossita Shaari, 41, keluar seketika menghantar anak bongsu, Mohd Iman Zulhakim, 15, ke Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Ismail, Sungai Petani, yang terletak beberapa kilometer dari rumahnya.
“Bagaimanapun, secara tiba-tiba saya rasa macam sesak nafas, bila buka mata, saya hanya nampak api dan asap.
“Saya bangun cepat-cepat dan keluar selamatkan diri,” katanya.
Menurutnya, ketika kejadian, dia juga tidak sempat berbuat apa-apa kerana tergamam melihat api merebak dengan pantas.
Hanya nampak api
Dalam pada itu, Rossita berkata, dia baru sahaja keluar dari rumahnya kira-kira jam 7.15 pagi dan terus singgah membeli barang sebelum pulang ke rumah lebih kurang setengah jam kemudian.
"Sebaik sampai depan rumah, saya hanya nampak api.
"Ketika itu, kami hanya mampu tengok sahaja kerana tak boleh nak selamatkan apa-apa lagi. Semuanya hangus depan kami,” katanya.
Menurutnya, walaupun berdepan situasi sukar, dia dan suami akan tetap meneruskan projek perusahaan cendawan kerana itu merupakan satu-satunya punca pendapatan mereka sekeluarga sejak enam tahun lalu.
“Kami usahakan sejak 2010 lagi dan baru sahaja menerima bantuan bagi mengembangkan projek ini, baru-baru ini. Kami buat bengkel tambahan untuk meningkatkan lagi pengeluaran, belum sempat benih terbaru keluarkan hasil, jadi macam ni pula (terbakar),” katanya.
Katanya, dia dan suami melakukan pelbagai jenis perniagaan sebelum ini, namun setelah menceburi bidang perusahaan cendawan secara serius sejak beberapa tahun kebelakangan ini, ia menjadi sumber pendapatan utama keluarga.
"Walaupun kami kehilangan semuanya, namun kami reda dengan ketentuan ALLAH SWT," katanya yang memerlukan sokongan semua pihak bagi menempuh dugaan berkenaan.
Punca kejadian masih disiasat
Sementara itu, Ketua Operasi, Penolong Kanan Penguasa Bomba Azmir Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 7.42 pagi dan tiba 10 minit kemudian.
Menurutnya, operasi memadam kebakaran dilakukan anggota dan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Petani serta Balai Bomba dan Penyelamat Yan dengan kekuatan 22 orang termasuk pegawai.
“Operasi turut dibantu Pasukan Bomba Sukarela Semeling dan Sungai Petani.
“Kebakaran turut menjejaskan empat kenderaan di mana tiga lori terbakar 10 peratus manakala sebuah kereta jenis Honda Accord terbakar 45 peratus,” katanya.
Katanya, punca kejadian masih dalam siasatan.
Sumber: Sinar Harian