BELUM pun reda kekecohan berita tentang seorang wanita di Amerika Syarikat yang melakukan hubungan seks dengan haiwan, kini muncul pula cerita sama di Brisbane, Australia.
Jenna Louise Driscoll, wanita berusia 26 tahun, diseret ke muka pengadilan atas pertuduhan penganiayaan haiwan kerana melakukan hubungan seks dengan seekor anjing.
Kegiatan Driscoll terbongkar apabila, tiga buah rakaman video berasingan ditemui dalam telefon bimbitnya yang dirakam menggunakan kamera telefon bimbit.
Bukti perbuatan terkutuk Driscoll ditemui oleh pihak polis ketika menjalankan siasatan ke atasnya pada 2014 dan dia turut ditahan pada tahun yang sama ekoran penemuan bukti tersebut.
Difahamkan, sebelum kejadian itu terbongkar, Driscoll sedang menjalani pemeriksaan berkaitan kes dadah. Malah dia turut disabitkan bersalah melakukan pengedaran ganja.
Menurut anggota polis itu, rakaman video yang mengejutkan itu memaparkan Driscoll sedang melakukan hubungan seks dengan seekor anjing.
Suspek yang berasal dari Queensland itu telah mengaku bersalah atas perbuatan terkutuknya di Mahkamah Brisbane pada Khamis lalu dan mengakui tindakan itu dilakukan di bawah pengaruh dadah.
Driscoll akan menjalani hukuman pada 3 September akan datang. -Kedahnews.com