POKOMEN Go, sejak diperkenalkan pada Julai, ternyata mengundang kontroversi apabila ada pihak memuji manfaat yang dibawanya, manakala yang lain pula menyuarakan kebimbangan terhadap keselamatan pemain.
Ini kerana ramai pemain dilaporkan lalai dan tidak mengendah peraturan seperti bermain sambil memandu, tidak memberikan perhatian kepada keadaan sekeliling dan bermacam-macam lagi kesalahan yang sering dilaporkan.
Perkara ini merisaukan pelbagai pihak, dan sebagai langkah berjaga-jaga, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengeluarkan garis panduan keselamatan umum untuk bermain Pokemon Go di Malaysia.
_______________________________________________________________________Lindungi maklumat peribadi anda.
Permainan ini mengkehendaki anda untuk mendaftar dan berkongsi maklumat peribadi selain menggunakan lokasi Sistem Kedudukan sejagat (GPS). Pertimbangkan sama ada anda sanggup untuk mendedahkan makliumat peribadi anda, ibu bapa juga seharusnya sedar bahawa data anak-anak mereka diambil ketika bermain Pokemon Go.
_______________________________________________________________________Waspada akan penipuan dalam talian dan luar talian.
Berhati-hati dengan aplikasi mudah-alih yang palsu dan peralatan mencurigakan yang berada dalam talian dan ditawarkan kepada anda. Ini kerana, aplikasi sedemikian mungkin mendedahkan anda kepada ancaman penggodam atau malware.
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
Pantau jumlah wang yang anda belanjakan ketika melakukan pembelian melalui aplikasi mudah-alih (mungkin menelan belanja yang tinggi).
Terdapat pembelian yang boleh dibuat melalui aplikasi mudah-alih dan insentif-insentif lain, yang harganya boleh mencecah USD99.99 atau RM429.99 (untuk 14,500 PokeCoin). Justeru, sentiasa sedar apa yang anda belanjakan.
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
Sambungan data.
Pokemon Go akan menggunakan GPS dan sambungan data (Wi-Fi atau data mudah-alih, sama ada 3G ataupun 4G) untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai keadaan sekitar anda, dan ini berkemungkinan menjejaskan kuota data mudah-alih anda.
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
Bawa bersama bateri tambahan untuk telefon anda.
Pokemon Go akan memakan banyak bateri telefon anda. Oleh yang demikian, bawalah bersama cas bateri atau sumber kuasa dan bersedia untuk menghubungi anggota keluarga jika berlakunya kecemasan.
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
Jangan masuk ke kawasan merbahaya atau kawasan-kawasan larangan ataupun tempat-tempat beribadat (hormati privasi).
Jangan merayau atau memasuki ke kawasan merbahaya dan kawasan-kawasan larangan ataupun tempat-tempat beribadat dalam usaha anda untuk menangkap Pokemon.
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
Waspada dengan individu yang ingin berjumpa dengan anda.
Jangan bermain secara bersendirian atau bersetuju untuk bertemu dengan individu yang tidak dikenali ketika bermain permainan tersebut.
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
Berhati-hati semasa bermain dan jangan menunggang basikal mahupun motosikal, ataupun memandu kereta ketika menggunakan telefon anda.
Berhati-hati semasa menggunakan telefon anda dan jangan menunggang basikal ataupun motosikal mahupun ketika memandu kereta, termasuk ketika anda bermain Pokemon Go atau menghantar teks pesanan kepada rakan-rakan dan anggota keluarga anda.
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
Mana-mana pihak yang mempunyai kebimbangan mengenai isu keselamatan dan sensitiviti permainan Pokemon Go harus menghubungi pihak yang membangunkan permainan berkenaan di alamat seperti berikut:
Niantic Inc,
Bryant Stret, Suite 220,
San Francisco, CA 94105 Amerika Syarikat
Laman sesawang : NianticLabs.
Bryant Stret, Suite 220,
San Francisco, CA 94105 Amerika Syarikat
Laman sesawang : NianticLabs.