CUACA panas kering 39 darjah Celcius di Madinah menjadi ujian awal kepada jemaah penerbangan pertama MH8000 yang tiba semalam.
489 jemaah pertama hari ini berziarah di sekitar Madinah dengan berhadapan terik matahari. Namun, sebahagian besar jemaah yang kali pertama menunaikan ibadah Haji, nampak teruja untuk menikmati persekitaran bandar hijrah Rasulullah SAW ini.
“Cuma jemaah kena berjaga-jaga. Kena minum banyak air berdepan cuaca yang agak panas,” kata Pengurus Pemasaran, Ainur Mardhiah Az Zahra yang mengetuai delegasi Liputan Haji TV AlHijrah.
Di bawah terik matahari, jemaah tetap bersemangat menempuh hari pertama berziarah ke pelbagai tempat. Namun, fokus utama pastinya Masjid Nabawi, tempat Makam Rasulullah.
Selain Ainur Mardhiah, Pengacara dan Wartawan Berita TV AlHijrah turut berkongsi momen menyentuh rasa apabila pertama kali memijak bumi kedua paling suci umat Islam itu.
“Terharu,” katanya: “Saya benar-benar terharu….”
Ikuti perkembangan Musim Haji 1437 di Instagram @tvalhijrah114. – Kedahnews.com