BESUT – UMNO adalah parti yang paling banyak menyumbang dalam membangunkan agama Islam tanpa disedari banyak pihak, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.
Beliau berkata sejak merdeka sehingga kini, UMNO adalah parti yang mencorakkan pembangunan Islam dan sentiasa menegakkan kepentingan umat Islam walau ditentang banyak pihak.
“UMNO adalah peneraju dan pelopor Islam di negara kita, sebab itulah segala agenda dan dasar kerajaan dicorakkan oleh parti UMNO sejak merdeka hinggalah ke hari ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Wanita UMNO di sini hari ini.
Beliau berkata dalam setiap pembentangan Bajet, peruntukan untuk pembangunan Islam adalah yang terbesar merangkumi pelbagai kementerian termasuk Jabatan Perdana Menteri, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan institusi pengajian.
Sementara itu, ketika berucap, Asyraf Wajdi berkata kerajaan membelanjakan tidak kurang daripada RM2 bilion untuk pembangunan Islam, antaranya membayar elaun imam serta gaji guru Kelas Agama dan Fardu Ain. – BERNAMA