Tak Selamat, Starbuck Tarik Balik 2.8 Juta Straw Besi


RANGKAIAN minuman terkenal Starbucks menarik balik kira-kira 2.5 juta produk straw besinya kerana didapati berisiko mendatangkan kecederaan kepada mulut kanak-kanak.

Pengguna juga dinasihatkan tidak membenarkan anak mereka memegang atau menggunakan straw besi itu lagi.

“Straw besi tahan karat itu boleh menimbulkan bahaya kecederaan kepada kanak-kanak yang menggunakannya khususnya ketika mereka terlibat dengan aktiviti seperti lompat dan lari,” kata satu kenyataan dari Kementerian Kesihatan Kanada.


Di Amerika Syarikat, Starbucks telah menerima tiga laporan kecederaan kanak-kanak yang melibatkan isu straw itu.

Manakala, kes keempat kanak-kanak cedera kerana straw besi itu dilaporkan berlaku di Kanada.

Sementara itu, Starbucks memberitahu stesen ABC News bahawa pelanggan boleh menukar straw besi itu dengan straw plastik di cawangan mereka. –Kedahnews.com