Mohd Razif menunjukkan jagung jenis mutiara yang mendapat permintaan tinggi daripada pemborong. |
BALING - Seorang anak muda dari Kampung Parit Panjang di sini, mampu menjana pendapatan lebih RM5,000 sebulan hasil mengusahakan tanaman jagung.
Mohd Razif Abdul Razak, 27, berkata, tanaman jagung itu diusahakan sejak 2014 di tanah seluas dua hektar.
Menurutnya, tiga tahun sebelumnya, kariernya dalam dunia pertanian dimulakan dengan mengusahakan tanaman cili dan timun bersama salah seorang rakan.
“Selepas tamat belajar saya mengusahakan pertanian bersama salah seorang rakan dengan menanam cili dan timun selama setahun, tetapi cili tidak dapat diteruskan kerana kawasan yang tidak beberapa sesuai.
“Selepas setahun, saya membeli sebidang tanah dengan memilih jagung untuk diusahakan sendiri, hasilnya sebulan mencecah hingga RM5,000, ada kalanya lebih daripada itu, terpulang kepada harga pasaran,” katanya di sini, kelmarin.
Menurut Mohd Razif, sebab utama dia memilih jagung bagi dikomersialkan kerana ia mempunyai permintaan tinggi.
“Jagung mempunyai permintaan tinggi, tetapi pengusaha jagung di negara ini tidak ramai, kebanyakan jagung di Malaysia diimport dari luar,” katanya.
Bergantung sepenuhnya dengan hasil pertanian, Mohd Razif bijak memastikan hasil tanamannya sentiasa ada setiap bulan.
Menurutnya, jagung di ladangnya ditanam mengikut plot, dengan cara itu tanaman sentiasa mengeluarkan hasil.
“Jika tidak ditanam mengikut plot kebiasaannya hasil hanya dapat diperoleh empat kali dalam setahun.
“Hasil tanaman di sini akan ditolak dari pemborong di serata tempat, antaranya dari Sungai Petani, Sik dan Baling sendiri, jagung di sini ada kalanya juga dibeli oleh masyarakat setempat,” katanya.
Jagung mutiara dapat permintaan tinggi
Ditanya keistimewaan jagung diusahakannya, Mohd Razif berkata, jenis jagung paling digemari pemborong dan pembeli ialah jagung mutiara.
“Pelbagai jenis benih jagung ditanam di ladang ini, salah satunya ialah benih jagung mutiara.
“Jagung mutiara tidak banyak ditanam di kawasan lain, keistimewaan jagung ini ia mempunyai rasa yang manis berbanding jagung biasa, kaum Cina begitu meminatinya.
“Harganya di pasar mencecah RM1.30 hingga RM1.50 setongkol berbanding RM1 harga jagung biasa, nak kenal jenis jagung mutiara lihat pada warnanya, ia mempunyai campuran warna putih dan kuning,” katanya.
Bagaimanapun katanya, mengusahakan jagung mempunyai risiko dan cabaran tersendiri antaranya ialah serangan ulat pengorek buah dan tanaman terjejas ketika musim cuaca panas.
Menurutnya, ulat pengorek buah boleh menjejaskan gred jagung dan musim panas berupaya membantutkan tanaman.
Cuba bidang penternakan
Dalam masa sama, Mohd Razif yang merupakan bekas pelajar dalam jurusan Diploma Pertanian, Kampus Bintulu, Universiti Putra Malaysia mengakui keluarga merupakan pendorong utama dalam kariernya sekarang.
"Keluarga banyak memberikan bantuan dan sokongan moral dalam bidang ini, masyarakat dan jabatan pertanian juga memberikan bantuan,” katanya.
Mengakui meminati bidang pertanian sejak di bangku sekolah, Mohd Razif memasang impian meluaskan empayarnya dengan membuka ladang penternakan kambing dan lembu selepas ini.
“Dengan izin ALLAH, selepas ini saya akan menyewa tanah berhampiran ladang ini bagi menternak lembu dan kambing.
“Harga bagi lembu dan kambing semakin hari semakin meningkat disebabkan bekalannya yang tidak mencukupi,” katanya
Dalam pada itu, Mohd Razif menasihatkan belia supaya menceburi bidang pertanian atau penternakan.
Menurutnya, populasi manusia semakin hari semakin meningkat sedangkan bekalan makanan tidak mencukupi.
“Belia yang mahu menceburi bidang ini sudah boleh mencuba. Tambahan pula banyak bantuan disediakan kerajaan kepada belia yang berminat,” katanya.
Sumber: Sinar Harian