SETELAH sekian lama tidak muncul di kaca televisyen, nama pelakon dan pengarah filem Elly Surianti tiba-tiba melonjak naik kembali selepas dipilih selaku guru seni persembahan untuk program realiti Akademi Fantasia (AF).
Dalam pada itu, perubahan bentuk badannya yang susut dan semakin kurus turut disedari peminat hiburan.
Berkongsi ceritanya itu, Ellie atau nama sebenarnya Ellie Suriati Omar, 46, memberitahu, dia mengamalkan diet dengan tidak memakan nasi sejak lima bulan lalu selepas tertekan disapa mak cik oleh rakan-rakan lamanya.
“Dulu berat badan saya lebih 70 kilogram sekarang sudah nampak kurus tapi saya tidak timbang berat lagi, mungkin lebih kurang 45 kilogram berat saya sekarang dan saya boleh pakai baju saiz S.
“Saya tertekan dipanggil makcik, itu yang saya rasa nak kurus dan nampak muda sedikit. Lagi pula kawan-kawan lama yang jumpa saya pasti akan tegur tentang berat badan sehingga saya bosan untuk jawab.
“Saya selesa sudah kurus dan rasa yakin untuk jumpa orang, dari segi baju tidak ada masalah kerana saya banyak baju lama yang boleh dipakai semula.
“Selain itu, saya potong rambut pendek bagi mencari kelainan kerana sudah berpuluh-puluh tahun saya rambut panjang,” ujarnya, memetik mStar.
Suatu ketika dahulu, Ellie sangat popular menerusi watak ‘Pah Bedah’ menerusi sebuah drama televisyen tempatan.
Dia juga merupakan isteri kepada pelakon Azri Iskandar. –Kedahnews.com