KISAH pasangan ini memilih untuk disatukan sebagai suami isteri benar-benar bagaikan cerita dongeng.
Apa tidaknya, baharu empat jam berbual bersama, pasangan dari China ini terus mengambil keputusan untuk melangsungkan perkahwinan.
Kisah Tang Xi dan Zhang Yan sekali gus menarik perhatian ramai selepas menjadi viral di media sosial.
Difahamkan, pasangan ini bekerja di sebuah syarikat pengangkutan yang sama di bandar Chingqing.
Pun begitu, mereka tidak pernah bertegur sapa kerana Tang Xi bekerja di bahagian pentadbiran, manakala Zhang Yan bekerja di bahagian kewangan.
Bagaimanapun semuanya berubah pada satu malam, ketika itu mereka duduk bersebelahan dalam sebuah majlis makan malam syarikat.
Ketika Tang Xi menghantar Zhang Yan ke rumahnya empat jam kemudian, lelaki itu tiba-tiba bertindak melamar rakan sepejabatnya itu. Harapannya membuahkan hasil apabila lamaran itu diterima oleh sang gadis.
Pada keesokan pagi, Tang Xi pergi ke rumah Zhang Yang untuk bertemu ibu bapa gadis itu.
Kira-kira jam 11 pagi hari yang sama, mereka dikahwinkan bertepatan dengan Festival Qixi yang juga dikenal sebagai hari kasih sayang versi Cina.
Dalam satu temu bual televisyen, pasangan ini memberitahu mereka mempunyai persaman yang sama dimana mendapat tekanan orang tua untuk berkahwin. – Kedahnews.com