IBADAT haji sebenarnya mempunyai keistimewaan tersendiri walaupun berada pada tangga kelima dalam Rukun Islam. Selain dijanjikan ganjaran terindah iaitu syurga, ibadat tahunan itu juga membawa kepada pergelutan getir antara jemaah haji dan syaitan.
Kedua-duanya bergelut semasa sendiri kerana tidak mahu menjadi pihak yang bakal menangis atau merintih kekesalan tatkala berakhirnya musim haji.
Apa tidaknya, syaitan menangis ketika hati seseorang manusia (Muslim) yang sebelum ini berjaya dipesongkan sejak akil baligh lagi itu terdetik untuk menunaikan haji dan dia kemudiannya memperoleh anugerah Haji Mabrur.
Ini kerana, balasan bagi jemaah haji yang memperoleh Haji Mabrur hanyalah syurga. Dengan kata lain, semua dosa lalu jemaah haji itu telah diampunkan oleh Allah SWT. Dia seperti bayi yang baharu lahir ke dunia.
Namun begitu, kita seharusnya ingat tentang sifat syaitan yang tidak akan berputus asa untuk menyesatkan manusia dan seterusnya menjadi teman akrab mereka di neraka kelak.
Ini bertepatan dengan firman Allah SWT:

“Iblis menjawab: Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) menyesatkan aku, pasti aku akan selalu menghalangi mereka daripada jalan-Mu yang lurus,” (al-’Araaf: 16).
Syaitan memang menangis ketika terdetik pada hati manusia untuk mengerjakan haji. Tetapi tangisan itu tidak lama kerana makhluk itu berikrar untuk menjadikan seramai mungkin bakal jemaah haji itu ‘sesat’ sepanjang menunaikan ibadah haji.
Pelbagai cara dilakukan untuk memesong fokus jemaah haji sama ada sebelum, semasa dan selepas haji. Antara yang menjadi sasaran semasa di Mekah adalah ucapan talbiah.
Makhluk Allah yang dijanjikan neraka itu akan memesongkan ucapan talbiah diucapkan oleh setiap jemaah haji. Matlamatnya hanya satu iaitu ucapan itu sekadar bersemangat pada mulut dan bukannya dalam hati atau jiwa jemaah haji.
Secara umumnya, ucapan talbiah tersebut boleh disimpulkan bahawa kedatangan jemaah haji ke Tanah Suci tanpa membawa sebarang pujian, nikmat dunia serta kekuasaan yang dimilikinya.
Lebih penting, barisan terakhir ucapan talbiah itu mengenai ikrar jemaah haji bahawa mereka tidak akan menyekutukan atau menduakan Allah SWT.
Tetapi, apa yang sering kita dengar setiap kali berakhirnya musim haji, pasti akan ada kes-kes perbalahan, rungutan tidak puas hati, mengamuk, lupa diri, terluka kerana panggilan nama tidak disertai dengan gelaran dan banyak lagi dalam kalangan jemaah haji tanpa mengira latar belakang.
Malah, ada juga kalangan jemaah haji yang berjaya melaksanakan setiap rukun sah dan wajib haji ditetapkan tetapi pada saat-saat akhir sebelum pulang ke tanah air, mereka melakukan perkara yang mirip kepada amalan khurafat.
Apa tidaknya, tanpa disedari syaitan atau iblis berbisik sesuatu amalan yang didakwa dapat meningkatkan kesejahteraan dan kemakmuran diri serta keluarga.
Keyakinan terhadap bisikan itu menjadi lebih kuat apabila ada jemaah haji sebelum ini memperoleh manfaat selepas melakukan amalan berkenaan tetapi jika diteliti, ia adalah amalan khurafat yang amat ditegah oleh Allah SWT dan Rasulullah SAW.
Justeru, tetamu Allah SWT yang berpeluang mengerjakan haji tahun ini seharusnya mengambil sikap berhati-hati apabila menjejak kaki ke Mekah. Godaan bukan hanya datang melalui bisikan syaitan tetapi tidak terkecuali daripada kalangan manusia yang berada di sekitar mereka sendiri.
Rujuklah kepada petugas atau pembimbing haji yang diiktiraf oleh kerajaan, ia adalah satu langkah terbaik bagi mengelakkan diri melakukan amalan yang mirip ke arah menyekutukan Allah SWT.
Sumber: Utusan