BANGKOK - Polis Diraja Thailand dan Biro Imigresen telah diarahkan untuk memulakan proses ekstradisi 10 suspek yang menjadi dalang sindiket pemerdagangan manusia ke Malaysia.
Timbalan Perdana Menteri Thailand Jen Prawit Wongsuwan kata Thailand akan mengekstradisi suspek-suspek itu ke malaysia jika tiada halangan undang-undang untuk berbuat demikian.
"Jika kami dapat mengekstradisi, maka kami akan mengekstradisi mereka," katanya ketika ditanya mengenai kenyataan rakan sejawatan beliau dari Malaysia Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengenai persetujuan Thailand untuk mengekstradisi 10 suspek tersebut.
Prawit, yang juga Menteri Pertahanan dan Menteri bertanggungjawab bagi hal ehwal Keselamatan, ditemui media selepas menghadiri mesyuarat mingguan Kabinet di Rumah Kerajaan di sini Selasa.
Pada Isnin, Ahmad Zahid berkata, Bangkok bersetuju terhadap permintaan Malaysia untuk mengekstradisi 10 suspek, dipercayai perancang kes pemerdagangan manusia di sempadan Malaysia-Thailand.
Beliau memberitahu demikian kepada media selepas mengadakan pertemuan dengan Prawit, yang dalam lawatan sehari ke Malaysia.
Perjanjian untuk mengekstradisi 10 suspek yang mendalangi sindiket pemerdagangan manusia ke Malaysia tidak ada kaitan dengan mana-mana perjanjian pertukaran tahanan dengan negara tersebut, kata Prawit.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Mahkamah Keadilan Thailand pada 26 Ogos, Kes Pemerdagangan Migran Rohingya membabitkan 103 defendan, terdiri daripada anggota eksekutif dan majlis tempatan, pegawai kerajaan dan polis, anggota tentera dan seorang jururawat.
Perbicaraan kes itu dijadual pada 6 September di Mahkamah Jenayah. - BERNAMA