PETALING JAYA - Agensi pembantu rumah terkejut dengan arahan 'baru' oleh Jabatan Imigresen yang menghalang mereka daripada mengambil pembantu rumah bukan Islam untuk majikan beragama Islam.
Para majikan mempersoalkan rasional di sebalik dasar itu yang dikatakan bukan perkara baharu oleh pegawai-pegawai jabatan berkenaan kerana bimbangkan kemungkinan mereka langsung tidak akan mendapat khidmat pembantu rumah asing selepas ini.
Presiden Persatuan Majikan Pembantu Rumah Malaysia (Mama) Engku Ahmad Fauzi berkata, dasar itu akan mengehadkan pembekalan pembantu rumah untuk orang Islam.
"Agama tidak sepatutnya menjadi halangan. Apabila anda bekerja di pejabat, ia tidak berdasarkan agama begitu juga perkara ini, pembantu rumah di rumah tidak patut menjadi isu," katanya, Ahad.
Beliau menggesa Jabatan Imigresen memberi penjelasan kepada orang ramai mengenai rasionalnya dasar tersebut.
Seorang pemilik agensi pembantu rumah di Selangor yang tidak mahu namanya disiarkan berkata dia telah membuat permohonan pembantu rumah bukan Islam untuk majikan Islam yang mahukan mereka melalui Sistem Pengurusan Berpusat Pekerja Asing (SPBPA) dalam talian tetapi telah ditolak.
"Apabila saya menghubungi mereka, saya diberitahu supaya pergi ke kaunter untuk menghantar permohonan. Tetapi di kaunter, pegawai di situ berkata dasar itu merupakan arahan daripada ketua pengarah," katanya.
Pegawai di sana berkata bahawa dasar itu sentiasa wujud dan jika dia masih mahu membuat permohonan, mereka tetap akan menolaknya.
"Jika mereka tidak benarkan orang Islam mengupah orang bukan Islam dari awal, kenapa sebelum ini mereka benarkan?
"Tidak ada pekeliling yang memberitahu kita tentang perkara ini," katanya, sambil menambah penolakan itu telah berlarutan selama dua minggu.
Beliau berkata jika negara-negara Islam seperti Arab Saudi dan Qatar boleh menggaji orang bukan Islam, mengapa tidak Malaysia?
Seorang lagi pemilik agensi pembantu rumah yang berpangkalan di Kuala Lumpur berkata Malaysia selama ini telah mempunyai dasarnya, tetapi beberapa ketua pengarah membenarkan fleksibiliti bergantung kepada keadaan.
"Dasar itu menyempitkan peluang untuk umat Islam mendapatkan pembantu rumah," katanya.
Faiz Abdullah, 42, bapa kepada tiga anak yang tinggal di Petaling Jaya berkata beliau telah mendengar mengenai perkara itu daripada agensi pembantu rumahnya.
Faiz berkata beliau perlu memperbaharui permit pembantu rumah pada bulan ini dan bimbang ia akan ditolak.
Beliau berkata, bukan mudah untuk mendapatkan pembantu rumah yang baik dan boleh dipercayai hari ini dan bertanya mengapa ia perlu ditetapkan berdasarkan agama dan bangsa.
Pemilik perniagaan Zubir Rahman, 46, bapa kepada tiga orang anak dari Shah Alam berkata beliau bimbang mengenai dasar itu kerana beliau lebih suka mengupah pembantu rumah Filipina yang disifatkannya lebih dipercayai.
Zubir berkata beliau mempunyai tiga pembantu rumah Indonesia sebelum ini dan dua daripadanya telah melarikan diri tetapi semua empat pembantu rumah Filipinanya mematuhi kontrak mereka.
"Ia akan menjadi masalah bagi saya kerana untuk mendapatkan pembantu rumah yang baik hari ini adalah sangat sukar," kata Zubir, di mana kontrak pembantu rumahnya sekarang akan tamat pada Disember ini.
Sumber: mStar