Gambar Hiasan |
Noor Ismasadiqin Ismail, 26, Safiee Johan, 25, dan Mohd Shahrizal Mohd Nawawi, 23, didakwa bersama-sama memiliki tiga botol air daun ketum anggaran berat kesemuanya 0.2 liter tanpa sebarang kebenaran atau kuasa di bawah Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952 (Pindaan 2003).
Mereka didakwa mengikut Seksyen 30 (5) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM10,000 atau penjara tidak lebih empat tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Ketiga-tiga tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Jalan 3/12D, Kampung Sri Batu Ampat Tin, Jalan Ipoh, Sentul di sini pada 4.47 pagi, 7 Ogos lalu.
Timbalan Pendakwa Raya Noorelynna Hanim Abd Halim menawarkan jaminan RM4,000 setiap seorang dengan seorang penjamin.
Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid membenarkan ketiga-tiga tertuduh masing-masing diikat jamin RM1,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 14 Sept untuk sebutan semula kes.
Safiee diwakili peguam Luqman Hakim Azhar manakala dua lagi tertuduh tidak diwakili peguam. – BERNAMA