TNB Jamin Beri Kerjasama Penuh Kepada SPRM


KUALA LUMPUR – Tenaga Nasional Berhad (TNB) memberi kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam siasatan kes rasuah membabitkan seorang pegawai kanan syarikat itu di Kelantan.

Ketua Pegawai Pembangunan Integriti TNB, Kamal Ariffin Abdullah berkata, TNB adalah sebuah Syarikat Berkaitan Kerajaan yang tersenarai yang bertanggungjawab mematuhi semua urustadbir korporat.

“TNB bertanggungjawab mengamalkan integriti sebagai nilai bersama setiap warga kerjanya,” katanya dalam satu kenyataan media semalam.

Kamal Ariffin turut menegaskan syarikat tersebut memandang serius aspek rasuah atau penyalahgunaan kuasa dalam segala urusan.

“Kami sedang memberi kerjasama penuh kepada SPRM bagi membantu siasatan yang dijalankan,” katanya.

Media kelmarin melaporkan seorang pegawai kanan TNB Kelantan ditahan reman tujuh hari bagi membantu siasatan kes rasuah dan penggubahan wang haram.

Majistret Ahmad Adha Amir Yasser Amri mengeluarkan perintah reman tersebut terhadap suspek yang berusia 46 tahun itu bermula hari ini sehingga 22 Ogos depan.

Beliau salah seorang daripada tga penjawat awam termasuk dua berpangkat Datuk dan Datuk Seri ditahan atas kesalahan menyalahgunakan kuasa, rasuah serta pengubahan wang haram di tiga negeri. –Kedahnews.com