Tun M Dimasukkan Ke IJN Akibat Jangkitan Paru-Paru


KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohammad telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) di sini hari ini.

Difahamkan, mantan perdana menteri berusia 91 tahun itu mengalami masalah jangkitan dan dijangka diletakkan di bawah pemerhatian untuk beberapa hari.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan pihak IJN, Tun M dimasukkan ke wad atas nasihat pasukan perubatan dan hanya keluarga terdekat sahaja dibenarkan melawat.

Tun M sebelum ini pernah menjalani pembedahan pintasan jantung kali pertama pada 24 Januari 1989 di Hospital Besar Kuala Lumpur (HKL) dan kali kedua pada tahun 2007. –Kedahnews.com