Tun Mahathir Keluar IJN, Perlu Jalani Fisioterapi


KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dibenarkan keluar dari Institut Jantung Negara (IJN) pada pukul 4.30 petang semalam.

Jabatan Komunikasi Korporat IJN dalam satu kenyataan berkata, Mahathir dimasukkan ke institut untuk menerima rawatan jangkitan dada pada 9 Ogos lalu.

“Mahathir akan meneruskan dengan rawatan fisioterapi dan latihan di rumah,” kata kenyataan itu.

Mahathir pernah dimasukkan ke IJN pada 16 November 2013 atas penyakit sama tetapi dibenarkan keluar beberapa hari selepas itu setelah mendapat rawatan.

Beliau pernah juga menjalani pembedahan pintasan koronari di Hospital Kuala Lumpur pada 24 Januari 1989 dan pembedahan pintasan koronari susulan pada 4 September 2007 di IJN. -Kedahnews.com