Dunia akhir zaman yang tiada sempadan kini kian sarat dengan kisah yang pelik-pelik dan tidak dapat diterima oleh akal yang waras.
Begitu juga dengan kisah seorang gadis yang dikenali sebagai Nor Azmanira yang "berfantasi" kononnya sudah memiliki suami dan anak, telah menutup akaun Facebook gara-gara tembelangnya pecah dan menjadi bahan kutukan netizen.
Tidak diketahui apa punca dia menutup akaun miliknya itu, namun dipercayai tindakan itu terpaksa dibuat setelah dia telah "kantoi" teruk selain menerima kecaman dan kritikan ramai netizen.
Rata-rata netizen menyelar Nor Azmanira yang dilabelkan sebagai wanita psiko dan mental.
Walau bagaimanapun, terkini dikatakan gadis itu turut mempunyai satu lagi akaun Facebook lain di atas nama "Miera Edora Cikya", menandakan "seksa" lelaki berkenaan, Amir Faiz, belum lagi tamat!
Sebelum ini, seorang lelaki bernama Amir Faiz meluahkan rasa geramnya di Facebook kerana ada gadis yang tak dikenali mendakwa dia adalah suaminya, malah mereka sudah memiliki cahaya mata.
Lebih menyeramkan, wanita yang dikenali sebagai Nor Azmanira itu juga sering memuat naik gambar Amir yang dicuri di laman Facebook lelaki itu dengan kapsyen yang sarat dengan ayat-ayat cinta.
Tidak dapat dipastikan sama ada tindakan gadis tersebut telah menjejaskan hubungan Amir dengan tunangnya atau tidak.
Dalam pada itu, Amir menerusi status terkininya menasihati pengguna Facebook yang lain berhati-hati dan mengambil iktibar dari apa yang berlaku terhadapnya. – Kedahnews.com