Aktres jelita, Uqasha Senrose merasakan dirinya bagaikan munafik sekiranya terus memakai tudung dengan tidak menunjukkan dirinya yang sebenar.
Malah kata Uqasha, dia merasakan dirinya sedang mempemainkan agama jika terus berhijab dan enggan lagi terpalit dengan kontroversi berkenaan keputusannya dengan imej baru untuk tidak lagi mengenakan tudung.
"Saya mahu jadi diri sendiri. Saya tak mahu dibayangi dengan kisah bertudung itu lagi.
"Saya rasa diri ini lebih mempermainkan agama dan seperti munafik jika bertudung tetapi tidak menonjolkan sikap yang bertepatan dengan gaya berkenaan," tegas Uqasha dalam satu kenyataan.
Namun begitu, aktres itu mengaku bahawa khilaf untuk tidak lagi mengenakan tudung itu hadir dari dirinya sendiri dan dia bersedia untuk menerima tentang soal dosa atau pahala di sebalik tindakannya itu.
“Atas apa alasanpun, saya mengaku khilaf ini datang daripada diri sendiri. Soal dosa dan pahala itu biarlah antara diri ini dengan Tuhan.
Sebelum ini, Uqasha menerima pujian ramai apabila berhijrah imej dengan mengenakan hijab sepenuhnya dan dikatakan lebih manis berbanding tidak berhijab.
Namun keputusannya untuk menanggalkan pemakaian berimej lebih Islamik itu bagaimanapun telah mencetus rasa terkejut di kalangan para peminat dan memandang negatif pada perkembangan pelakon drama bersiri "Tundukkan Playboy" itu.
Kontroversi turut pernah melanda Uqasha apabil gambarnya yang tidak bertudung dan berpakaian seksi ketika bercuti di Koh Lipe, Thailand pada sambutan tahun baru bersama adik dan ahli keluarganya yang lain. –Kedahnews.com