APAKAH yang akan anda lakukan sekiranya berada dalam situasi melihat seorang wanita tua yang dibuli oleh seorang jejaka muda di tengah-tengah jalanan?
Adakah anda akan membiarkan sahaja atau akan masuk campur bagi membantu wanita tidak berdaya tersebut?
Mungkin ada antara kita akan terus berjalan tanpa mempedulikan ‘drama’ yang dilihat mereka, kerana berpegang kepada prinsip ‘mind your own business’ atau jangan jaga tepi kain orang.
Namun, tidak kurang juga ada masyarakat yang prihatin terhadap nasib ‘saman aunty‘ iaitu gelaran untuk anggota penguatkuasaan trafik di Singapura yang dipukul oleh lelaki tersebut.
Itu adalah antara reaksi yang diterima selepas sebuah video eksperimen yang dijalankan Farah dan Jeremy ini menjadi viral baru-baru ini di republik tersebut. – Kedahnews.com