VIDEO: "Kalau Terjun Macam Ni, Pak Ya Kapak Pun Boleh Masuk Olimpik!"


SELAIN olahraga, tenis, gimnastik dan badminton, antara sukan yang juga mendapat jumlah tontonan paling banyak dalam Sukan Olimpik Rio ialah sukan terjun papan anjal.

Pasukan Malaysia juga merupakan di antara pesaing terhebat dan terkuat dalam sejarah Olimpik.

Namun, pasukan terjun Filipina yang paling banyak menjadi bualan ramai apabila terjunan mereka disifatkan seperti pemain ‘amatur’ yang tidak pernah menjalani latihan.

Jika dilihat pada aksi terjun atlit dari Filipina itu, tidak hairan jika ada yang akan berkata "kalau macam ni, Pak Ya Kapak belakang rumah Timah Janda pun boleh masuk olimpik!".

Menerusi video yang dikongsikan ini dapat dilihat kepincangan terjunan atlit Filipina yang bersepah dan tidak kemas sehinggakan kedua-dua mereka mendapat kosong markah daripada juri yang mengadili.

Untuk mendapatkan markah yang tinggi, terjunan peserta perlulah menghasilkan kocak air yang sedikit dan gaya terjunan yang kemas mengikut tahap kesukaran terjunan. –Kedahnews.com