VIDEO: Lelaki Tak Sengaja "Dilondeh" Wanita


ENTAH nasib malang apa yang menimpa seorang lelaki ini apabila seluarnya secara tidak sengaja dilondeh manakala kamaluannya pula ‘ditanduk’ seorang wanita yang terjatuh ketika di dalam bas.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 11 pagi pada 6 Julai lalu di dalam sebuah bas di wilayah Fuzhou, China ini dirakamkan kamera keselamatan (CCTV) kenderaan awam berkenaan, sebelum menjadi viral baru-baru ini.

Segalanya bermula apabila barangan peribadi dari beg tangan seorang wanita tercampak ketika dia menaiki bas berkenaan.

Memetik laporan Daily Mail, wanita itu cuba mengutipnya, tetapi bas berkenaan secara tiba-tiba tersentak lantas dia hilang imbangan dan terjatuh ke arah seorang penumpang lelaki.

Akibatnya penumpang lelaki berkenaan ‘menjerit’ akibat tidak mampu menahan kesakitan kerana kepala wanita itu menghentak betul-betul di bahagian kemaluannya dengan kuat. –Kedahnews.com