RAKAMAN video secara langsung dirakam seorang transgender dari Hawaii, Makana Milho menjadi viral apabila menunjukkan penyelianya, Harold Villanueva Jr. menuntut seks sekiranya wanita itu mahu pulang awal dari kerja.
Rakaman itu disiarkan Makana, 21; secara live menerusi laman Facebook miliknya, baru-baru ini.
Makana memulakan rakaman sebaik dia mula menaiki kereta penyelia pembersihan itu yang kemudian membawanya ke tempat parkir kereta yang sunyi.
Dalam video itu Makana sedang menjalankan hukuman khidmat komuniti dengan membersihkan tandas, bertanyakan,”Jika saya tak lakukan seks, saya perlu tunggu sehingga jam 1 tengah hari?”
Harold kemudian menjawab: “Jika awak tak mahu kondom, saya tak kisah awak ‘blow*** saya”.
Makana kemudiannya menyarankan kepada Harold untuk mencari kondom dalam kalangan rakan-rakannya sebagai salah satu usaha untuk mengelakkan perlakuan jijik itu berlaku di antara dirinya dan Harold.
Menurut Makana lagi, Harold dengan bangganya bercerita dia selalu berbuat demikian terhadap pekerja wanita lain sekiranya mereka mahu pulang kerja awal.
Susulan penyebaran video itu, pihak polis telah menahan Harold atas dakwaan serangan seksual tahap empat. –Kedahnews.com