Viral Pengasas RHB Kahwin Gadis 19 Tahun? Ini Cerita Sebenar…


Baru-baru ini viral sekeping gambar yang mendakwa kononnya pengasas RHB Bank, Tan Sri Rashid Hussain telah berkahwin dengan seorang gadis cantik yang baru berusia "19 tahun".

Dari wajahnya yang manis dan cantik, memang ‘gadis’ itu kelihatan sepeti 19 tahun dan ia mencetus persepsi hangat di kalangan netizen mengenai gambar tersebut biar pun tidak mengetahui cerita sebenar dengan tepat.

Semuanya bermula apabila beberapa akaun laman sosial berkongsi tentang perkahwinan ini dan memang tidak dinafikan kalau dah jodoh, tidak ada yang mampu menghalang.

Tetapi bukankah lebih baik jika kita patuh pada ajaran Islam yang menganjurkan umatnya memastikan dahulu kesahihan sesebuah cerita itu sebelum dikongsikan bersama orang lain?

Siapa sangka, sebenarnya "gadis" yang ditabur persepsi berusia "19 tahun" itu merupakan seorang ibu tunggal yang sudah berumur lewat 40-an.

Siapa yang malu sekarang? Alahai, "Fantastic"lah sangat...

Perkara ini turut disahkan oleh anaknya sendiri, yang dikenali sebagai "Aria" melalui akaunnya di laman Twitter.

Untuk megelak dari tindakan "tukang viral" memperbodohkan ramai rakyat Malaysia, anak kepada Puan Seri Hani itu tampil menjelaskan perkara sebenar dan dia juga merasa pelik bagaimana ibunya boleh dikatakan berusia 19 tahun.


Menurut informasi yang diberikan Aria, Puan Seri Hani bukan calang-calang wanita kerana beliau merupakan graduan jurusan perundangan dan memiliki lesen sebagai "fitness instructor" yang mungkin menjadi faktor "keremajaan" ibu tunggal itu.



Aria juga telah berkongsi beberapa keping gambar semasa majlis perkahwinan ibunya berlangsung di Twitternya.


Semoga penjelasan dari anak "gadis berusia 19 tahun" tersebut telah menjawab kesemua persoalan dan persepsi negatif yang bermain di fikiran orang ramai.

Walaupun ada yang mendakwa usia sebenar Puan Seri Hani adalah 45 tahun dan ada yang mendakwa 42 tahun, namun apa yang pasti beliau bukan berumur 19 tahun seperti yang diviralkan, bukan? –Kedahnews.com