Wak Doyok, Azrinaz Enggan Ulas Dakwaan Bertunang


BARU-baru ini, dunia hiburan dikejutkan dengan berita pertunangan ikon fesyen terkenal Wak Doyok bersama personaliti TV Azrinaz Mazhar Hakim yang berlangsung pada 23 Julai lalu.

Bagaimanapun, masing-masing dilihat tidak mengesahkan apatah lagi menafikan gosip yang hangat tersebar itu.

“Biarlah saya hidup dengan cara saya sendiri dan saya tidak ambil kisah pasal hidup orang lain,” kata Wak Doyok atau atau nama sebenarnya, Muhammad Azwan Mohd. Nor.

Manakala, Azrinaz pula enggan mengulas lanjut berita pertunangannya itu.

“Saya enggan memberi sebarang komen,” katanya.

Terdahulu, sebuah akhbar tempatan melaporkan pasangan ini telah bertunang secara tertutup di sebuah kediaman Azrinaz di kawasan perumahan elit di Desa Hartamas, Kuala Lumpur.

Malah, ibu Wak Doyok juga dikatakan turut hadir di majlis itu untuk me­nya­rungkan cincin ke jari Azrinaz

Azrinaz merupakan bekas isteri Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dan memiliki sepasang cahaya mata.

Sementara, Wak Doyok pula masih bujang. –Kedahnews.com