KUALA LUMPUR – Seorang wanita maut manakala suaminya cedera apabila motosikal ditunggangi mereka terbabas selepas terlanggar babi hutan di jalan Ulu Yam Bharu dekat sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira 8.45 pagi itu, mangsa berusia 34 tahun yang menunggang motosikal jenis Yamaha 135LC bersama suaminya berusia 35 tahun dalam perjalanan menuju ke tempat kerja mereka.
Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor DSP Abdul Rahman Yahya Zikri berkata motosikal yang ditunggang wanita berkenaan hilang kawalan selepas seekor babi hutan tiba-tiba melintas di hadapan mereka.
“Wanita itu meninggal dunia di tempat kejadian manakala suaminya yang membonceng motosikal itu cedera di bahagian kepala,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Beliau berkata mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk rawatan manakala mayat isterinya dibawa ke hospital sama untuk bedah siasat.
Katanya kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan1987. – BERNAMA