Gambar Hiasan |
BESUT – Seorang warga emas yang sedang menyuapkan nasi untuk ibunya yang berumur 95 tahun trauma apabila rantai emas yang dipakai dilehernya disamun seorang lelaki di rumahnya di Kampung Gong Jaga, Jerteh di sini Selasa lepas.
Ketua Polis Daerah Besut, Supt Mohd Zamri Mohd Rowi berkata dalam kejadian yang berlaku jam 3 petang itu, mangsa, Hafsah Abdullah, 70, dikatakan sedang menyuap nasi ke mulut ibunya apabila datang seorang lelaki yang tidak dikenali menutup mukanya dengan tuala sebelum menyamun rantai emas yang dipakainya.
Mohd Zamri berkata mangsa tidak sempat memita tolong kerana kedudukan rumah berkenaan yang agak terpencil iaitu kira-kira 200 meter dari jiran terdekat dan pada ketika itu hanya mereka berdua sahaja berada di rumah.
“Mangsa mengalami kerugian kira-kira RM20,000 dan turut mengalami luka kecil di sebelah telinga kanan akibat ragutan tersebut.
“Mangsa turut mengalami luka pada kedua belah kaki kerana terkena serpihan kaca pinggan nasi yang dipegangnya,” katanya kepada pemberita di sini.
Katanya, mengikut siasatan awal mendapati suspek yang berbadan kurus dan berkulit cerah itu memecah masuk rumah mangsa melalui tingkap kayu bilik rumah mangsa yang tidak berkunci.
Polis kini katanya sedang giat mengesan suspek yang dipercayai masih berada di sekitar kawasan tersebut. – BERNAMA