KUALA LUMPUR – Seorang wartawan sebuah akhbar yang rapat dengan Datuk Seri Mohd. Shukri Abdull mendedahkan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu telah lama menyuarakan hasrat mahu bersara pada usia wajib.
Beliau yang berpengalaman sebagai wartawan selama bertahun-tahun mendedahkan, Mohd. Shukri berkata tentang hasratnya itu sebelum isu 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) timbul dan menjadi polemik dalam kalangan orang ramai.
“Merujuk kes Shukri (Mohd. Shukri), sejak mengenalinya dengan akrab sejak lima tahun lalu, hari pertama lagi dia menyuarakan hasrat untuk bersara pada umur 56.
“Katalah apapun kepadanya, nasihatlah bagaimanapun, dia tau, cukup umur 56 tahun, saya nak pencen dah, saya dah penat. Masa itu 1MDB punya bayang pun tidak nampak lagi,” ujarnya dalam satu kenyataan melalui akaun Facebook beliau.
Wartawan berkenaan menjelaskan beliau membuat pendedahan itu kerana memahami segelintir masyarakat marah dengan penamatan kontrak Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohammad dan persaraan wajib Mohd. Shukri kerana kononnya ia berkaitan isu 1MDB. .
Beliau berkata, Abu Kassim tidak membuat permohonan menyambung kontrak untuk membawa nama negara sebagai pakar jemputan International Anti-Corruption Academy (IACA) di Universiti Pencegahan Rasuah di Austria di bawah tajaan Pertubuhan Bangsa Bersatu.
Bagaimanapun, katanya, Abu Kassim masih penjawat awam yang akan menunaikan tanggungjawabnya sebagai pensyarah, penyelidik serta memberi khidmat rundingan di Universiti Teknologi MARA (UiTM).
Malah, katanya, Abu Kassim masih pegawai SPRM yang mempunyai kad kuasa selaku penguatkuasa.
“Untuk pengetahuan kita semua, jawatan Ketua Pesuruhjaya SPRM adalah sama dengan jawatan Ketua Pengarah agensi lain iaitu ‘open post’ yang boleh diisi oleh mana-mana Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD),” jelasnya.
Selain itu, katanya, perpindahan Timbalan Ketua Pesuruhjaya, Datuk Mustafar Ali ke jabatan lain pula perlu dilihat secara positif dalam konteks hari semasa kerana kesungguhan SPRM membenarkan pegawai kanannya ditempatkan di syarikat berkaitan kerajaan (GLC) sebagai pegawai intergriti.
“Ini juga adalah perkara hampir sama `diapply’ kepada Mustafar, mungkin menjadi isu kerana pada masa ini dan SPRM terkena tempias sebab menyiasat SRC International dan beberapa kes berkaitan 1MDB.
“Dalam ucapannya pun berbangga dengan pencapaian SPRM dan mengiktiraf badan itu dengan mengambil pegawainya bagi mengetuai agensi lain,” ujarnya lagi.
Wartawan tersebut turut mendedahkan pengalamannya bersembang dengan beberapa Pengarah SPRM lain yang rapat dengannya beberapa hari lalu yang berpegang dengan kata-kata Abu Kassim:
“Jangan terlalu emosi, pemimpin datang dan pergi. Sampai masa tetap pergi, tidak kira bagaimana. Bantu pemimpin baru, kerana kalau diserang bukan pemimpin seorang tetapi satu agensi akan terpalit.
“Jauh sekali Abu Kassim atau mana-mana mereka memburukkan pengganti mereka. Ingat mereka bertiga dan SPRM bukan maksum, tetapi berusaha memperbaiki sistem negara mengikut acuan Perlembagaan. Jangan terlalu taksub hingga jatuh fitnah, dosa kering nanti,” katanya. – Kedahnews.com