Wujud Diskriminasi, Afdlin Shauki Umum Boikot FFM


PELAKON dan pengarah filem terkenal Afdlin Shauki mengejutkan peminat industri hiburan apabila mengumumkan dia memboikot Festival Filem Malaysia 2016 (FFM).

Pengumuman itu dibuat menerusi akaun Instagramnya, pada Khamis.

“Maaf, tahun ini saya boikot FFM.

“Bilalah rakyat Malaysia tak kira bangsa akan betul-betul dihargai karya-karya seni mereka sebagai karya Malaysia.

“Semoga berjaya kepada semua yang tercalon!!! FFM semoga maju jaya juga,” tulisnya.

Difahamkan, pemulauan Afdlin terhadap anugerah itu dibuat ekoran kesal apabila pihak FFM membuat pengasingan filem bukan berbahasa Malaysia.

Terdahulu, pihak Finas mengumumkan filem seperti Ola Bola, Jagat dan The Kid From The Big Apple tidak dipertandingkan menerusi kateori utama FFM 28 termasuk Filem Terbaik, Lakon Layar Terbaik dan Pengarah Terbaik.

Filem-filem tersebut tidak dicalonkan ‘filem terbaik’ kerana dialognya yang tidak sepenuhnya dalam Bahasa Malaysia. Namun, sebaliknya dicalonkan untuk ‘Best Non-Bahasa Melayu Filem’.

Dek kerana itu juga, ramai yang meluahkan rasa tidak puas hati terhadap diskriminasi yang dilakukan itu. –Kedahnews.com