Aksi Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah ketika pelancaran nama baru bagi kejohanan KLGCC baru-baru ini. |
KUALA LUMPUR – Sebanyak 102 peserta terdiri daripada ahli perniagaan dan orang kenamaan mengambil bahagian dalam Kejohanan Golf Amal Piala Raja Permaisuri Agong di The Mines Resort and Golf Club, dekat sini semalam.
Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah turut berangkat menyertai kejohanan anjuran Yayasan Anak-anak Yatim Sultanah Haminah (YAYSH) itu.
Baginda kemudian berkenan bergambar bersama-sama peserta kejohanan itu sebelum memulakan ‘tee off’ pada 2 petang.
Pertandingan itu diadakan untuk mengumpul dana yayasan berkenaan selain membantu dalam pembangunan sukan golf.
Baginda juga berkenan berangkat ke jamuan malam serta penyampaian hadiah bersempena kejohanan berkenaan malam ini. – BERNAMA