5 Punca Kenapa Perempuan Pilih Jadi Lesbian


Usah terkejut jika ada di antara rakan anda yang membuat keputusan untuk menjalin hubungan dengan kaum sejenis tanpa menghiraukan mereka yang berada di sekelilingnya.

Di bawahkami kongsikan 4 sebab utama kenapa perempuan memilih untuk menjadi lesbian:

1. Kurang didikan agama.

Islam menegaskan tentang fitrah manusia yang berpasang-pasangan di antara lelaki dan perempuan, seumpama fitrah kejadian Nabi Adam dan Hawa. Malah agama Allah melarang keras umatnya menjalin hubungan sejenis sesama jantina. Kaum Nabi Luth adalah antara contoh kaum yang dilaknat Allah dan ditimpakan bencana setelah mereka ingkar pada ajaran yang disampaikan Nabi Luth A.S.

Di zaman ini termasuk di Malaysia, golongan yang menjalin hubungan sejenis ini dikenali sebagai golongan "Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) dan mereka diperjuang serta disokong kuat oleh segelintir NGO yang kononnya berjuang di atas "hak asasi manusia".

2. Ingin mencuba sesuatu yang berbeza

Perasaan ingin tahu apa rasanya bila berdekatan dengan wanita lain, kenapa lelaki terlalu taksub dengan payu dara wanita dan apa rasanya jika mendapat perhatian manja dari wanita lain. Ini akan memudahkan mereka untuk merasakan semua perkara itu.

3. Emosi lebih selesa

Kebanyakan lelaki sukar memahami perasaan seorang wanita. Jadi, jika wanita mengadakan hubungan sejenis, mereka akan lebih memahami antara satu sama lain.

4. Lebih memahami titik sensual mereka

Tidak semua lelaki tahu bahagian mana yang disukai wanita untuk disentuh. Jadi jika bercinta dengan kaum sejenis, mereka lebih arif tentang kawasan sensual yang disukai.

5. Patah hati

Rasa sakit hati kerana putus cinta dengan lelaki juga merupakan punca wanita menjadi lesbian. Berputus asa dan takut jika dikecewakan lagi sekiranya bercinta dengan lelaki akan membuat keputusan untuk menjadi lesbian. –Kedahnews.com