6 Jam Kerja: MTUC, Cuepacs Digesa Tingkat Prestasi, Bukan Meminta-Minta


ALOR SETAR - Cadangan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) agar waktu kerja di negara ini dpendekkan kepada enam jam tidak sesuai dilaksanakan buat masa ini terutama pada sektor awam.

Pengerusi Kelab Belia Darulaman Syed Mohd Johan Rizal Bin Syed Unan Mashri berkata MTUC tidak harus melihat perbandingan dengan negara maju yang sememangnya waktu bekerjanya lebih singkat berbanding, kerana beberapa faktor harus dikaji terlebih dahulu.

Katanya negara maju seperti Korea, Belanda, Denmark, Jerman serta bebarapa negara lain sememangnya sejak beberapa tahun lepas mempraktikkan waktu kerja yang singkat namun produktiviti pekerja negara berkenaan adalah yang tertinggi di dunia.

Saranan agar jumlah jam bekerja kakitangan awam dari lapan kepada enam jam sepatutnya tidak perlu dibangkikan pada masa sekarang kerana orang ramai masih merungut tentang produtiviti pekerja yang tidak memuaskan, terutama bagi sektor awam yang berurusan dengan orang ramai, katanya.

”Selagi masih banyak rungutan, kecekapan tidak dipertingkatkan, sikap bekerja sambil lewa masih diamalkan, keputusan sesuatu perkara masih mengambil masa yang lama, maka cadangan itu perlu diketepikan,” katanya yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Alor Setar dalam kenyataan media di sini, hari ini.

MTUC semasa membuat cdangan berkenaan menjelaskan ia akan mewujudkan situasi bekerja yang kondusif dan seterusnya dapat meningkatkan produktiviti dalam kalangan pekerja sementara Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) pula menyifatkan cadangan itu tidak sesuai bagi sektor awam.

Menurut Presiden Cuepacs, Datuk Azih Muda, cadangan itu tidak sesuai kerana rakyat masih memerlukan perkhidmatan awam di luar waktu bekerja.

Syed Mohd Johan berkata Malaysia juga antara negara teratas yg memberikan dan mempunyai cuti kelepasan am paling banyak di dunia.

Katanya sistem bekerja lapan sehari dengan dua hari cuti seminggu yang diamalkan sekarang sudah cukup baik, tambahan pula pelbagai insentif telah disediakan oleh pihak kerajaan da majikan swasta bagi menaikan semangat pekerja meningkatkan produktiviti masing-masing.

“Saya  berharap kerajaan tidak menerima cadangan MTUC berkenaan, sebaliknya mencari kaedah bagaimana melahirkan pekerja yang komited, berdaya saing dan mempunyai semangat bekerja yang tinggi,” katanya.- Kedahnews.com