Abdul Hadi Cemburu Lihat Kejayaan PAN - Salahuddin Ayub


KUALA LUMPUR – Parti Amanah Negara (PAN) ditubuhkan kerana tidak mahu melutut pada PAS.

Itu kenyataan balas Timbalan Presiden PAN, Salahuddin Ayub ke atas Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Tegas beliau, pemimpin dan ahli PAN tidak akan bertindak keluar PAS jika mahu terus melutut kepada parti itu.

“Amanah (PAN) mendapat sambutan yang baik daripada masyarakat.

“Bagi saya ucapan (Abdul Hadi) itu lahir daripada cemburu melihat kejayaan Amanah dalam tempoh yang singkat,” dakwanya seperti dilaporkan sebuah portal berita propembangkang.

Abdul Hadi semalam menegaskan bahawa PAN akan melutut kepada PAS suatu hari nanti disebalik dakwaan PAN kononnya ramai ahli PAS akan menyertai PAN.

PAN sebelum ini mendakwa lebih 1,500 penyokong PAS di Kelantan menyertai PAN.

Salahuddin turut menyindir PAS kecewa kerana harapan parti itu untuk melihat PAN berkubur awal tidak kesampaian. –Kedahnews.com