Sambutan kepulangan wira dan wirawati Paralimpik 2016 dilaporkan bakal disambut secara besar-besaran pada 22 September ini.
Menurut Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, majlis tersebut akan dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan akan berlangsung di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang.
Khairy turut memaklumkan pada majlis itu nanti ada "kejutan" yang bakal menanti.
“Kita telah bincang di kabinet dan perdana menteri akan rasmi turut bersama menyambut kepulangan kontinjen Paralimpik pada 22 September.
“Besar-besaran. Tunggulah kejutan,” katanya dipetik dalam satu kenyataan, semalam.
Sebelum ini sambutan kepulangan wira dan wirawati Olimpik negara telah dibuat pada 24 Ogos lalu, yang juga berlangsung di lokasi yang sama.
Atlet Paralimpik negara setakat ini telah mengutip tiga pingat emas dan satu gangsa. -Kedahnews.com