Adab Menyembelih Haiwan Korban Menurut Sunnah


BERSEMPENA sambutan perayaan Hari Raya Aidiladha yang disambut hari ini, kami berbesar hati untuk kongsikan serba sedikit mengenai adab dan tertib dalam sembelihan haiwan korban mengikut sunnah dan ajaran Islam.

Antara cara dan sikap ihsan yang disunnahkan ketika melaksanakan penyembelihan haiwan adalah:

1. Tidak menajamkan pisau di hadapan haiwan yang akan disembelih.

2. Tidak menyembelih haiwan di hadapan haiwan-haiwan yang akan disembelih.

3. Tidak membawa haiwan ke tempat sembelihan dengan cara yang kasar.

4. Memilih cara paling mudah dan paling kurang menimbulkan rasa sakit.

Hikmah yang cukup besar boleh didapati sekiranya tukang sembelih mengikut tertib ini ialah supaya haiwan korban tidak dibiarkan berada dalam keadaan tertunggu-tunggu, tidak selesa dan ketakutan.

Selain itu, Rasulullah SAW juga melarang kita daripada memukul muka haiwan, mencaci binatang dan berlaku kasar terhadap mereka.

Semoga langkah-langkah ini dapat diikuti agar ibadah korban yang dilakukan mendapat rahmat daripada Allah SWT. –Kedahnews.com