Air Asia Kembali Promosi Tawar 3 Juta Tempat Duduk

KUALA LUMPUR – AirAsia kini menawarkan promosi sehingga tiga juta tempat duduk dalam kempen Tempat Duduk Percuma terkini syarikat berkenaan.

Dalam satu kenyataan di sini, ia berkata tempat duduk promosi itu sedia ditempah mulai hari ini hingga 11 Sept, 2016, bagi tempoh perjalanan dari 6 Feb 2017 hingga 28 Okt 2017.

Destinasi termasuk Kuala Lumpur ke Alor Setar, Pulau Pinang, Hong Kong, Chiangmai, Kota Bharu, Phnom Penh, Siem Reap, Medan, Surabaya, Pekanbaru. – BERNAMA