Pelakon comel, Mira Filzah, 23, menjelaskan bahawa video-videonya menari sambil meniru gaya menyanyi lagu Hindustan bukanlah sesuatu yang keterlaluan sehingga menjejaskan imejnya sebagai wamita bertudung.
Mira berkata perkara tersebut bukanlah sesuatu yang salah selagi ianya tidak melampaui batas seorang wanita Islam.
“Saya minat lagu Hindustan sejak kecil lagi dan keluarga saya tahu tentang perkara itu. Cuma ada yang berpendapat bahawa ia tidak sesuai dengan saya yang bertudung.
“Pada saya, selagi saya rasa ia tidak keterlaluan dan saya tahu batasnya, tiada masalah,” katanya, memetik mStar.
Rata-rata meluahkan rasa tidak berpuas hati dengan video-videonya yang dimuatnaik di laman Instagram dan mendakwa ia tidak bersesuai dengan imej wanita muslimah yang dibawa olehnya.
Walau bagaimanapun, bagi Mira, dia sentiasa berhati-hati dalam segala yang dikongsi lebih-lebih lagi jika perkara tersebut melibatkan privasi keluarganya.
Dia juga menegaskan tidak mahu melibatkan ahli keluarganya dengan segala tempias dan kritikan yang tidak sepatutnya daripadanya pengikut laman sosial. -Kedahnews.com