KUALA LUMPUR – Angkatan Muda Keadilan (AMK) mengucapkan tahniah kepada sembilan mahasiswa yang dipanggil polis untuk disoal siasat kerana menganjurkan demonstrasi haram di ibu negara baru-baru ini.
Ketuanya, Nik Nazmi Nik Ahmad mendakwa kononnya golongan muda negara berkenaan telah menunjukkan sifat patriotisme yang tinggi dengan mengajurkan perhimpunan haram tersebut.
“Setiap yang dipanggil pihak polis iaitu Anis Syafiqah, Aqilah Zainuzi, Amir Abd Hadi, Luqman Hakim, Luqman Nulhakim, Khairol Najib, Suhail Wan Azahar, Isaiah Jacob dan Asheeq Ali.
“Anak-anak muda ini telah membuktikan sifat patriotisme tertinggi apabila berani menganjurkan suatu perhimpunan,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Nik Nazmi dalam pada itu mendakwa kononnya pihak polis membuat intimidasi bertujuan menyekat suara rakyat khususnya golongan muda.
Dakwanya, mereka sepatutnya diberikan kebebasan untuk bersuara.
“Kami mendesak pihak polis untuk menghentikan siasatan ini dan kembalikan hak asasi rakyat untuk berhimpun dan bersuara,” dakwanya.
Sekumpulan kecil mahasiswa Sabtu lalu dipergunakan pemimpin Pakatan Harapan mengadakan demonstrasi jalanan dengan menggunakan slogan #TangkapMO1 bagi meraih merit politik. –Kedahnews.com