Anak Menangis Dalam Kereta, Ibu Sibuk "Enjoy" Di Kelab Malam


SCHAFFHEAUSEN - Seorang wanita bakal didakwa kerana mengurung anaknya di dalam kereta sementara beliau pergi ke kelab malam, Ahad lepas.

Menurut laporan Dailymail, beberapa orang awam menemui anak wanita berumur 25 tahun tersebut menjerit-jerit dan menangis dalam sebuah kereta.

Orang awam kemudian cuba mencari pemilik kenderaan di kawasan sekitar namun gagal, lalu menelefon polis.

Polis yang tiba tidak lama kemudian pula memanggil mekanik untuk membuka kereta berkenaan yang terkunci dari dalam.

Ibu kanak-kanak tersebut kemudian tiba dan memberitahu polis beliau pergi ke kelab malam bersama rakan sepejabat.

Polis Schaffhausen memberitahu beliau boleh didakwa atas tuduhan cuai dalam tanggungjawab menjaga anak.

Polis masih menyiasat kejadian tersebut.

Sumber: Sinar Harian