Annuar Musa Ajak Doakan Kejayaan JDT Malam Ini


KUALA LUMPUR – Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa berharap kemenangan akan berpihak kepada pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) malam ini.

Kata beliau, orang ramai khususnya peminat bola sepak tanah air diminta supaya mendoakan perkara sama ke atas pasukan JDT yang akan bertemu dengan pasukan Bangaluru FC dari India.

“Mari kita doakan wakil Malaysia JDT menang ke atas Bangaluru dalam saingan separuh akhir Piala AFC musim ini. Majulah sukan untuk negara,” katanya menerusi akaun Facebook.

JDT akan bertemu dengan Bangaluru FC dalam aksi separuh akhir Piala AFC 2016 di Stadium Larkin malam ini.

Skuad Harimau Selatan pernah menumpaskan pasukan itu dalam kejohanan sama tahun lalu.

Bagaimanapun, jurulatih JDT, Mario Gomez menegaskan anak buahnya perlu berwaspada dengan cabaran Bangaluru FC kali ini.

Ia ekoran pasukan itu telah melakukan beberapa perubahan untuk musim ini. – Kedahnews.com