AKHIRNYA, seperti mana yang dinantikan ramai, Apple hari ini mengumumkan iPhone genarasi terbaharu secara rasmi, iaitu iPhone 7 dan juga iPhone 7 plus.
Rekabentuk yang dibawakan juga tidak jauh berbeza dengan gambar-gambar yang diperlihatkan sebelum ini.
Menurut Apple, ia dibina sepenuhnya menggunakan aluminium dan kaca (glass), serta Apple memasarkannya sebagai telefon pintar ternipis dan ringan pernah dibina oleh mereka.
Dari segi perbandingan, iPhone 7 memiliki ketebalan 6.1 mm, lebih nipis 0.1 mm berbanding iPhone 6 dan 0.8 mm jika dibanding dengan iPhone 6 plus dan ia disertakan cip pemproses A10 yang lebih efisyen, menjadikan iPhone yang paling berkuasa buat masa ini.
Bersama-sama dengan iPhone generasi baru ini juga, kami sertakan 10 fungsi baru dan antaranya ialah;
1. Kalis Air
Pengguna kini tidak perlu risau lagi sekiranya peranti kesayangan anda terkena air dikala hujan dan ia hadir dengan piawai IP67 yang merupakan penawaran perlindungan daripada debu dan air.
2. Rekaan Sama Dengan Pilihan Warna Jet Black
Menurut Apple, rekaan terbaharu iPhone 7 hadir seakan sama seperti iPhone 6 sebelum ini, tetapi ia tidak memaparkan jalur antenna seperti sebelumnya.
Ia kini ditawarkan dalam lima ima pilihan warna, termasuk rose gold dan silver termasuk yang paling baru adalah Jet Black yang ditawarkan hanya untuk model 128GB dan 256GB sahaja.
3.Butang ‘Home’ Diberikan Nafas Baru
Sering kali butang utama ini dilaporkan mengalami sedikit kerosakan selepas digunakan dengan kerap.
Bagi mengatasi masalah ini, Apple menyertakan butang Home dengan rekaan statik, yang dijana menggunakan Taptic Engine bagi memberikan tindak balas seumpama menekan butang.
4. Dwi-Kamera
Pada iPhone 7, ia mengekalkan penggunaan kamera 12-megapixel seperti biasa, sebaliknya pada iPhone 7 Plus, ia hadir dengan sokongan dwi-kamera.
Kelainan ini membolehkan pengguna membuat rakaman dengan lebih jelas, termasuk kemampuan zoom dan juga mengkaburkan bahagian latar ketika merakamkan gambar.
5. Tiada Lagi Audio-Jack
Salah satu ciri terbaharu yang mungkin mengecewakan sebahagian pengguna ialah ketiadaan 3.5mm lubang fon kepala, dan memerlukan audio dikeluarkan menerusi penyambung port lightning Apple.
Biarpun ia merupakan penaiktarafan, namun dari segi kekurangan adalah pengguna tidak lagi boleh mendengar lagu sambil mengecas telefon.
6.Storan Bermula 32GB
Akhirnya, selepas sekian lama, kini Apple telah membuang model asas dengan 16GB – sebaliknya kini versi paling asas hadir dengan pilihan 32GB.
7.Pembesar Suara Dengan Kualiti Bunyi Lebih Kuat
Apple menyertakan sokongan speaker stereo yang baru pada iPhone 7, menawarkan bunyi yang lebih dua kali ganda kuat berbanding dengan iPhone 6S sebelum ini.
Selain mendengar lagu dan lain-lain, penggunaan stereo speaker ini turut membawa kepada kualiti panggilan yang lebih tinggi melalui speakerphone.
8.Kualiti Grafik Rakaman yang Lebih Baik
Menguasakan iPhone baru ini adalah sensor belakang 12-megapixel dan sensor hadapan 7-megapixel. Bahagian belakang turut menawarkan integrasi Quad-LED yang menawarkan pencahayaan 50% lebih jelas banding iPhone 6s.
9.Kuasa Pemprosesan Berganda Melalui Cip Empat-Teras
Apple buat pertama kalinya menggunakan cip pemprosesan empat-teras pada iPhone 7 melalui Apple A10 Fusion. Ia kini menawarkan kuasa pemprosesan dua kali ganda berbanding dengan iPhone 6 sebelum ini, dan pengoptimasian yang menjimatkan tenaga bateri untuk masa penggunaan yang lebih lama.
10.Sistem Operasi iOS 10
Menjana telefon pintar ini adalah iOS 10 yang menawarkan sejumlah ciri-ciri baru, termasuk pengenalan papan kekunci pintar baru, sokongan integrasi aplikasi pada Siri, integrasi pembelajaran pintar pada aplikasi seperti Apple Photos, dan sejumlah fungsi baru lain.
Seperti biasa, harga untuknya tidak diumumkan buat masa ini, dan dijangka akan ditawarkan melalui pakej telekomunikasi, serta berkemungkinan melalui Apple Store Malaysia.
Mungkin maklumat lanjut berkenaan dengannya akan diketahui melalui syarikat telekomunikasi menjelang pada bulan hadapan. -Kedahnews.com